Sebutan perkataan Arab

Sebutan perkataan Arab

Langkah Kedua untuk belajar Bahasa Arab ialah biasakanlah dengan perkataan Arab sebanyak mungkin. Sebutlah perkataan-perkataan tersebut dengan sebutan nyaring agar telinga turut mendengarnya dan maklumat tersebut sampai ke otak.

Sebagai permulaan, perkataan tersebut kita boleh rujuk dari kamus-kamus bergambar. Kebiasaannya perkataan tersebut diletakkan tanda baris. Sebutlah perkataan tersebut dengan bacaan baris penuh iaitu semua huruf dibunyikan. Contoh: maktabun.

Apabila kita menyebut perkataan dan pada masa yang sama, kita menggambarkan maksud perkataan tersebut. Sebutan secara berulang kali dan berfokus akan menjadi ingatan kekal. Kita mula menghafal secara tidak langsung. Dalam sebutan Arab, terdapat beberapa aspek yang perlu diberikan perhatian iaitu:

  1. Sebutan panjang pendek.
  2. Tanwin.
  3. Tanda sukun (mati).
  4. Tanda syaddah.

Dari sebutan berterusan itu, kita sudah bermesra dengan perkataan-perkataan Arab.
Teruskanlah menyebut sehingga kita menghafalnya. Hafalan ini akan memudahkan kita kelak kerana kita telah mula membuat simpanan perkataan Arab. Satu Langkah mudah, boleh dilakukan oleh semua orang yang berimpian belajar Bahasa Arab dan akan menjadi realiti dengan usaha yang berterusan dan tekun.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *