Hafalan perkataan mudah

Hafalan perkataan mudah

Terdapat banyak perkataan Arab. Manakah perkataan yang perlu dihafal terlebih dahulu? Hafalan perkataan ini perlulah bermula dari yang paling mudah atau asas penggunaannya dalam kehidupan. Sebelum itu, pastikan anda telah bermain-main dengan bunyi huruf terlebih dahulu dan telah seronok dengan variasi sebutan tersebut.

Berikut adalah senarai cadangan untuk memulakan langkah-langkah seterusnya :

  1. Ahli keluarga.
  2. Nombor (1-10).
  3. Anggota badan.
  4. Jenis-jenis buah-buahan.
  5. Jenis-jenis makanan.
  6. Nama-nama peralatan di rumah.
  7. Nama-nama peralatan di dapur.
  8. Nama-nama peralatan di bilik air.
  9. Nama-nama peralatan di bilik tidur.
  10. Nama-nama peralatan di ruang tamu.
  11. Jenis-jenis binatang jinak.
  12. Jenis-jenis binatang liar
  13. Nama-nama tempat.
  14. Jenis-jenis kenderaan.
  15. Kata ganti diri.
  16. Ayat-ayat mudah untuk perbualan.

Ini merupakan perkataan asas yang perlu dilazimi terlebih dahulu sebelum mengikuti langkah-langkah seterusnya. Teruskan belajar!

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *