TAHUN BARU, AZAM BARU?

TAHUN BARU, AZAM BARU?

Tahun Baru, azam baru?

Begitulah lumrah yang lazim dilakukan oleh kita. Perlukah azam baru? atau meneruskan sahaja perancangan-perancangan lepas yang belum selesai atau teruskan sahaja kehidupan seperti biasa?
Mana yang sepatutnya atau bagaimana?
Tidak perlu pening-pening. Tiada salah apa pun pada pilihan tersebut.
Jika memilih azam baru bermakna anda mulai membuka buku baru untuk perancangan baru. Anda akan mempunyai komitmen baru. Anda perlu merancang Langkah demi Langkah bagi merealisasikan perancangan tersebut.
Jika memilih meneruskan perancangan-perancangan terdahulu bermakna anda akan terus berusaha melaksanakan perancangan yang telah dibuat. Mungkin perancangan itu hampir ke penamat. Anda hampir memperolehi hasilnya.
Jika memilih untuk meneruskan kehidupan seperti biasa bermakna anda mengikut perancangan yang telah lama dirancang di minda dan melakukannya sebagai rutin. Anda tetap melakukannya sesuatu yang sama kerana perancangan tersebut belum selesai.

Apapun pilihan anda…kesedaran apa yang dilakukan itu adalah lebih penting. Anda perlu tahu matlamat yang dilakukan itu. Tempoh masa perlu diletakkan agar perancangan itu dalam garis masa yang ditetapkan dan mengelakkan masa terbuang begitu sahaja. Anda perlu memperhatikan sama ada ia melibatkan jangka masa pendek atau panjang. Setelah itu mulailah dengan dengan tindakan-tindakan.
Ada yang menyatakan apakah pentingnya merancang itu jika akhirnya ia tidak dilaksanakan. Berkobar-kobar di awal untuk membuat perubahan di awal tahun tetapi akhirnya perancangan itu hanya di atas kertas sahaja. Tiada tindakan, tiada usaha, tiada perubahan dan akhirnya azam itu bertukar kepada angan-angan sahaja.
Dalam hal ini tekad yang bulat perlu dikotakan. Berusahalah untuk melaksanakan apa yang dirancang, sedikit demi sedikit asalkan berterusan. Teruskan berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk diri sendiri agar mampu memberi kebaikan kepada ramai orang. Nasib kita tidak akan berubah, sekiranya kita tidak berusaha mengubah diri sendiri.
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11)

Selamat Tahun Baru Masihi 2023.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *